1. Undang-undang Kecil Mencegah kekotoran 1983
- Undang-undang ini diwartakan pada 1Julai1983. Undang-undang ini ditubuhkan bagi menjaga kebersihan kawasan MDM. Undang-undang ini terpakai bagi seluruh kawasan MDM di bawah peruntukan Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Antara tindakan-tindakan yang boleh menyebabkan kesalahan adalah seperti berikut:
- Menempatkan, menyimpan, membuang, membenarkan atau menempatkan kekotoran di tempat-tempat awam.
- Mengeringkan bahan-bahan seperti makanan, barang, atau benda ditempat awam.
- Membuang dan menempatkan sampah sarap serta menumpahkan cecair yang berbahaya seperti darah, air garam, atau bahan-bahan lain yang kotor dan berbau busuk di tempat -tempat awam.
- Membuang, menumpahkan atau menyingkirkan apa-apa jenis kekotoran sama ada di tempat awam serta melalui kenderaan bergerak atau tidak bergerak.
- Membuang atau mengacukan kapur abu, pasir, arang, rambut, kertas yang tidak diguna, bulu, atau bahan-bahan lain sama ada secara perbuatan atau di bawa angin ke tempat-tempat awam.
- Membuang atau meninggalkan barang-barang seperti botol, tin, bekas makanan, pembalut makanan, atau barang-barang lain di tempat-tempat awam.
- Menyimpan, membuang, meninggalkan atau mnempatkan bahan-bahan pembinan, pembersihan atau perobohan bangunan seperti simen, batu, tanag, pasir, kayu dan bahan-bahan lain di tempat-tempat awam. Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja berikut yang gagal mengambil langkag-langkah keselamatan serta mengamcam keselamatan, kepentingan serta kesihatan orang awam.
2. Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut
- Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut telah di wartakan di bawah Seksyen 103 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Setiap pemilik premis perniagaan ini harus mematuhi perkara-perkara seperti berikut:
- Pendandan harus membersihkan diri dengan menggunakan air sabun dan air bersih sebelum melayan pelanggan.
- Semasa melayan pelanggan, pendandan diharuskan memakai kot atau overall yang bersih dan bersesuaian (kain yang berwarna putih atau warna-warna lembut).
- Setiap pendandan rambur harus menjalani pemeriksaan doktor dalam tempoh setahun sekali.