MENU

.

Assalamualaikum

Bismillah

 

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpahan Rahmat dan KurniaanNya saya diberi kesempatan buat pertama kalinya untuk memberi sepatah dua kata ucapan selaku Setiausaha Majlis Daerah Machang.

Sekalung penghargaan tahniah dan ucapan terima kasih saya kepada semua kakitangan yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun 2015, diatas segala pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai.

Selaku PBT yang telah diamanahkan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mampan saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua kakitangan untuk sama-sama bekerjasama bagi memastikan kejayaan yang telah dikecapi pada tahun 2015 menjadi kesinambungan bagi tahun 2015 dan tahun-tahun yang seterusnya. Semoga dengan adanya semangat berpasukan dan keikhlasan warga MDM dalam memenuhi amanah tuntutan kerja akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Akhir kata saya mengucapkan Selamat Tahu Baru 2016.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.