MENU

Pejabat

Majlis Daerah Machang adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 dibawah akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171). Sebelum itu ia menggabungkan tiga Majlis Tempatan iaitu Lembaga Bandaran Machang, Majlis Tempatan Temangan dan Majlis Tempatan Pulai Chondong. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Machang sekarang merangkumi kawasan seluas lebih kurang 130 km persegi daripada 545 km persegi keluasan Jajahan/Daerah Machang.Majlis Daerah Machang berfungsi sebagai satu pentadbiran yang merupakan kuasa ketiga selepas Kerajaan Pusat dan Negeri. Ianya bertanggungjawab dalam segala aspek pembangunan seperti ekonomi, politik dan sosial tempatan.