MENU

Satu Bengkel Memperkasakan Tugas-Tugas Penguatkuasaan telah diadakan pada 14 April 2014 bertempat Dibilik Mesyuarat MDM dibawah anjuran Jawatan Kuasa Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Lalulintas MDM. Para peserta bengkel terdiri daripada Ahli Majlis, Pegawai Penguatkuasa dan Kakitangan MDM.

Bengkel telah disampaikan oleh penceramah jemputan, En. Feisal bin Mohamed Ali dari Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-quran Kementerian Dalam Negeri. Bengkel dirasmikan oleh YABrs Tn. Haji Mohd Zainudin Bin Mohamed, Yang DiPertua Majlis Daerah Machang.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan tahap kefahaman dalam memperkasakan tugas-tugas penguatkuasaan serta mewujudkan, membina dan memupuk semangat kerja yang baru dengan interaksi dua hala dalam berkongsi ilmu, idea dan pengalaman dari segi penguatkuasaan untuk dijadikan panduan dalam menguatkuasakan undang-undang MDM serta meningkatkan silaturrahim antara pihak Jawatankuasa dengan pegawai Penguatkuasa MDM.

 

Bengkel PP 01    Bengkel PP 02

Bengkel PP 03    Bengkel 04

klik disini untuk lebih paparan imej