MENU

Bagi melancarkan lagi sistem aliran trafik di dalam Bandar Machang, perubahan aliran trafik telah diadakan bermula 1 Mei 2012. Perubahan aliran trafik ini adalah melibatkan 2 jalan di dalam Bandar Machang iaitu Jalan Bakat (Hadapan Bank Rakyat Machang) daripada jalan sehala diubah kepada dua hala dan di jalan Tanjung (Hadapan Bank Islam) daripada jalan dua hala kepada sehala . Majlis Daerah Machang mengharapkan supaya orang ramai memberikan kerjasama dan juga memohon maaf terhadap kesulitan yang bakal dihadapi semasa perubahan aliran trafik ini dilaksanakan.

Makluman Awam Berhubung Cadangan Perubahan Aliran Trafik Di Bandar Machang

Klik pada gambar untuk besarkan

  1. Cadangan Perubahan Aliran Trafik Di Jalan Bakat (Hadapan Bank Rakyat) Daripada Jalan Sehala Kepada Jalan Dua Hala
  2. Cadangan Perubahan Aliran Trafik Di Jalan Tanjung (Hadapan Bank Islam) Daripada Dua Hala Kepada Sehala
  3. Cadangan Perubahan Ini Akan Dilaksanakan Pada 1 Mei 2012