MENU

Majlis Daerah Machang telah mengadakan Kaunter Bayaran Bergerak yang telah dibuka bermula pada bulan Feb 2015. Kaunter ini dibuka di dua tempat iaitu pada hari Isnin dihadapan Pejabat Pos Machang dan pada hari Khamis di Pasar Pulai Chondong. Kaunter ini beroperasi dari Jam 8.30 Pg hingga 12.30Tgh.

Tujuan kaunter ini dijalankan adalah bertujuan member kemudahan kepada pelanggan MDM untuk berurusan dengan pihak MDM, disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Orang ramai boleh hadir ke kaunter ini bagi tujuan membuat pembayaran seperti Cukai Pintu, Lesen Perniagaan MDM, Kompaun ,Sewa Premis dan semakan. Orang ramai juga boleh hadir bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MDM.

 

Kaunter 01    Kaunter 02

Kaunter 03    Kaunter 04

Klik disini untuk lebih paparan Imej