MENU

Satu lawatan daripada audit Program Persekitaran Berkualiti (5S) telah dijalankan oleh Auditor dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 9 Jun 2014. Lawatan ini bertujuan memberikan pengikhtirafan dan pensijilan semula Program Persekitaran Berkualiti  (5S) bagi Majlis Daerah Machang. Pelbagai aspek yang dititikberatkan dan diambil kira dalam penilaian yang dijalankan. Dengan adanya program ini, persekitaran kawasan dan cara kerja yang teratur dan tersusun dapat diterapkan kepada setiap kakitangan di samping menjamin suasana kerja yang selesa dan berkualiti. Selain itu, ia dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kesemua pelanggan khususnya penduduk di Daerah Machang. Dengan ini juga Majlis Daerah Machang telah mendapat Sijil Pengikhtirafan dengan jayanya. Tahniah dan ucapan jutaan terima kasih kepada kesemua kakitangan.

 

Lawatan Audit 5S 2014    Lawatan Audit 5S 2014

Lawatan Audit 5S 2014    Lawatan Audit 5S 2014

Klik Disini Untuk Lebih Paparan Gambar