MENU

Pada 15hb Disember 2014(Isnin) Majlis Daerah Machang telah menerima kunjungan bersempena Lawatan Kerja YB. Hjh. Mumtaz binti Md Nawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan. Rombongan yang diketuai oleh YB. Pengerusi diiringi oleh YB. Adun Pulai Chondong, Tn. Hj Zulkifli bin Mamat, Pegawai Khas Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa, Pen. Pegawai Perpustakaan Negeri Kelantan dan Kakitangan Unit Pembangunan Wanita Kelantan (UPWKK). Turut hadir sama Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan Majlis Daerah Machang.

          Tujuan Lawatan Kerja ini diadakan adalah bertujuan untuk meninjau prospek lokasi Pelaksanaan Darul Niswah (Pusat Sepadu Wanita). Dalam sesi penerangan YB. Pengerusi berkenaan Darul Niswah (Pusat Sepadu Wanita) menerangkan serba ringkas berkaitan Darul Niswah iaitu satu pusat setempat bagi golongan wanita melakukan aktiviti samada berkaitan riadah, kesihatan, perniagaan dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita. Bandar Machang akan menjadi pusat setempat bagi golongan wanita jika sekiranya dipilih menjadi lokasi projek Darul Niswah.

Beberapa lokasi telah di lawati oleh YB. Pengerusi sepanjang lawatannya ke Jajahan Machang. Lokasi yang dikunjungi merupakan lokasi yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan Darul Niswah. Antaranya Gymnasium Pejabat Belia & Sukan (lama), Dewan MDM (lama), Pejabat Agama Jajahan Machang (lama).

          Selain itu juga, YB. Pengerusi turut melawat beberapa lokasi yang telah menjadi sebutan berkaitan dengan penglibatan wanita antaranya, Dataran Usahawan Wanita Pulai Chondong dan Kelantan Biotech. 

Lawatan Exco Wanita 01    Lawatan Exco Wanita

Lawatan Exco Wanita 03    Lawatan Exco Wanita

Klik disini untuk paparan