MENU

Majlis Daerah Machang telah menerima lawatan Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Fattah Haji Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan pada 8 Sept 2014 bersamaan 13 Zulkaedah 1435H. Turut serta dalam lawatan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan serta Pegawai-pegawai Tadbir Negeri.

Lawatan kerja Yang Berhormat  keMajlis Daerah Machang bertujuan melihat dan memantau sejauh mana pelaksanaan gerak kerja yang dijalankan oleh Majlis Daerah Machang  sempena lawatan beliau ke seluruh PBT di Negeri Kelantan. Beliau juga turut melawat kawasan disekitar Jajahan Machang. Antaranya Laman Seni Lorong Cek Mek Molek dan Kolam Air Panas Tok Bok.

Majlis daerah Machang mengucapakan ribuan terima kasih diatas kunjungan beliau.

lawatan exco 2014    lawatan exco 02

lawatan exco 03    lawatan exco 04

Klik Disini Untuk Ke Geleri Foto