MENU

MACHANG 27 Ogos 2014 bersamaa 1 Zulkaedah 1435H, telah diadakan Majlis Masuk Tapak Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang  30.5 kilometer dari Bukit Tiu, Machang ke Dusun Damar, Kuala Krai. Majlis telah diadakan di Hutan Lipur Bukit Bakar Machang.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Ust Dato’ Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Beliau dalam ucapannya berkata projek itu yang kosnya sebanyak RM854 juta dijangka siap pada Disember 2017. Majlis telah dimulakan dengan Solat Hajat bagi memberkati projek ini.

Projek lebuh raya ini telah dirasmikan oleh Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Mei 2012 dalam Majlis pecah tanah dan kerajaan negeri komited untuk meneruskan projek ini bagi memberi keselesaan kepada rakyat.

Masuk tapak lebuhraya 2014    masuk tapak lebuh raya 2014 02

masuk Tapak Lebuhraya 2014 03   masuk tapak lebuhraya 2014 04

Klik disini untuk Galeri