MENU

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis dan Mesyuarat Penuh Majlis , Majlis Daerah Machang Bagi Tahun 2014 telah diadakan pada 27hb Februari (Isnin) bersamaan 25 Rabiulawal, 1435H jam 10.00 pagi  bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Machang.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan  oleh Pengerusi Majlis. Penyampaian Watikah Perlantikan kepada semua Ahli Majlis telah disempurnakan  oleh   Yang DiPertua Majlis Daerah Machang, YABrs. Tn. Hj.Mohd. Ghazali Bin Mohamad  diikuti dengan   upacara Lafaz Pengakuan Terima Jawatan Dan Menandatangani Surat Perlantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Machang Tahun 2014.

Selepas sesi menandatangani Surat Perlantikan Ahli-Ahli Majlis,satu Mesyuarat Penuh kali pertama untuk tahun 2014 telah diadakan dan seterusnya Perlantikan Ketua Whip dan pembentukan Susunan Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis Daerah Machang 2014. Sebanyak 13 Jawatankuasa Majlis Daerah Machang dan 3 Jawatankuasakecil telah dibentuk.

   

   

Klik Disini Untuk Lebih Paparan Imej