MENU

Majlis Daerah Machang telah menerima Sijil Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Bagi Tahun 2012 yang telah disampaikan oleh YABhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang,Ketua Audit Negara. Majlis yang telah diadakan pada 20hb Februari 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kota Darul Naim telah mengiktiraf Majlis Daerah Machang sebagai Agensi Negeri yang Berjaya mendapat 4 bintang dalam Pengurusan Kewangan Tahun 2012.