MENU

Pada 16  Januari 2014(khamis) bersamaan 14 Rabiul Awal 1435H  bertempat di Dewan Duyung, Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan telah berlangsung satu seminar bagi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan  bersempena dengan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2014. Majlis  telah disempurnakan oleh YB. Dato' Mohd Amar  Bin Abdullah Timbalan  Menteri Besar Kelantan.

Majlis turut dihadiri oleh YB. Dato' Hj Abdul Fatah Bin Hj Mahmood Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan,YB. Dato' Setiauasaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan  dan Yang Dipertua-Yang Dipertua serta Setiausaha-Setiusaha Pihak Berkuasa Tempatan.

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan diakhiri dengan bacaan  ikrar oleh Ahli Majlis dan sesi bergambar bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan. 

Penerimaan Watikah 2014

Penerimaan Watikah 2014               Penerimaan Watikah 2014

Click Here For More Image