MENU

Majlis Daerah Machang telah mengadakan satu majlis bersempena bulan ramadhan yang diadakan pada 11 Ramadhan 1435H bersamaan 09 Julai 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Machang.

Majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan MDM, Ahli-ahli Majlis MDM , Ahli-Ahli KOOP dan Anak-ank  yatim dari Asrama Bakti Machang. Majlis dimulai dengan Bacaan Tadarus Al'quran dan tazkirah. Majlis Daerah Machang juga telah memberikan  sumbangan Zakat kepada anak-anak yatim yang telah disampaikan oleh YB Ust Roseli Ismail Adun Kemuning. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa semua yang hadir.

Majlis Tadarus Iftar Jamae 01    Majlis Tadarus Iftar Jamae

Majlis Tadarus Iftar Jamae    Majlis Tadarus Iftar Jamae 02