MENU

Majlis Daerah Machang telah mengadakan program Kembara Ramadhan yang diadakan pada 19 Julai 2014. Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh MDM dibawah Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan. Program tersebut telah disertai oleh belia dan beliawanis serta beberapa staf Majlis Daerah dari sekitar Machang iaitu seramai 60 orang. Program telah dirasmikan oleh YB Ustaz Roseli Ismail, ADUN Kemuning.

Program ini bertujuan untuk mendekati masyarakat yang tidak bernasib baik sekitar Machang yang meliputi Temangan, Kemuning dan Pulai Chondong. Antara pengisian program ialah menyampaikan bantuan, tazkirah Ramadhan dan majlis berbuka puasa. Para peserta pada jam 10.30 dari masjid besar Bandar Machang

Program diakhiri di Dataran Rehat & Rawat Bukit Belah dengan majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Hj Zukifli Mamat, ADUN Pulai Chondong.

Kembara Ramadhan MDM 2014 01    Kembara Ramadhan MDM 2014 03

Kembara Ramadhan MDM 2014 02    Kembara Ramdhan MDM 2014 04

Klik Disini Untuk Paparan Imej