MENU

Pada 17hb Februari 2014 (Isnin) jam 9.00 malam, bertempat di Padang Majlis Daerah Machang telah berlangsung satu program bersempena dengan roadshow Kelantan International Halal Food Festival 2014 Peringkat Jajahan Machang.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan Kelantan International Halal Food Expo yang bakal diadakan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan dari  25 Februari hingga 1 Mac 2014. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan MDM manakala ucapan perasmian  telah disampaikan oleh YB. Tuan Hj. Zulkifli Bin Mamat, Timbalan Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.   

Antara agenda menarik yang telah diatur sepanjang program ini berlangsung antaranya Pertandingan Kereta Antik, Motor Antik dan Motor Ubahsuai serta pameran kereta Audio show. Hadiah berupa wang tunai dan hamper telah disediakan oleh pihak penganjur bagi pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga yang telah disampaikan oleh YB. Tuan Hj. Zulkifli Bin Mamat. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Labok Dalam.

 

  

  

Klik Disini