MENU

Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 57 bagi tahun 2014 peringkat Negeri Kelantan telah diadakan  di Padang Batalion Ketiga Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan bermula jam 8.00 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Ust Dato’ Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan dan dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan di negeri ini. Di antaranya kontinjen-kontinjen dari Jabatan-Jabatan kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan NGO

Majlis Daerah Machang turut serta menghantar kontijen seramai 37 orang bagi menyertai sambutan hari kemerdekaan bagi tahun ini. Pelbagai acara dan pertunjukan telah dipersembahkan bagi  memeriahkan  sambutan. Kemuncak sambutan adalah perarakan membawa masuk ke padang bendera Malaysia serta upacara menaikkan bendera Malaysia diiringi dengan lagu Negaraku.

Merdeka 2014    Merdeka 2014

merdeka 2014    merdeka 2014

Klik Disini Untuk Ke Galeri Foto