MENU

Majlis Daerah Machang  telah mengadakan Majlis Taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada warga MDM pada 21 April 2015 bertempat di pejabat MDM. Memandangkan Sistem GSTyang  telah dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 April 2015 lalu.  Ianya  bertujuan member pemahaman menyeluruh kepada warga MDM dan masyarakat tetang GST. Berikutan itu, pihak pengurusan MDM mengambil inisiatif dengan mengatur satu taklimat khas mengenainya kepada warga MDM.

Majlis penerangan GST ini telah diadakan di bilik Mesyuarat MDM yang dihadiri kakitangan dan warga kerja MDM dari setiap jabatan. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En Abdul Rahman dari Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Pada sesi taklimat itu pelbagai soalan turut diajukan kepada wakil Jabatan Kastam. Diharap dengan sesi penerangan itu warga MDM mendapat lebih kefahaman tentang perlaksanaan Sistem Percukaian Barangan dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan.

Taklimat GST 01    Taklimat GST 02

Taklimat GST 03    Taklimat GST 04

Klik Disini Untuk Paparan Imej