MENU

AKTA

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan :

  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan
  • Penyenggaraan Parit Dan Longkang
  • Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan
  • Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam
  • Penyenggaraan Tempat-tempat Awam
  • Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam
  • Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan

Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima :

  • Cukai Taksiran
  • Bayaran-bayaran Lesen & Denda
  • Geran Pelancaran
  • Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
  • Geran Untuk Projek-projek Pembangunan
  • Geran Penyenggaraan Jalan

Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan :

  • Perumahan
  • Perindustrian & Perdagangan
  • Kemudahan-kemudahan Rekreasi
  • Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172)

  • Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya.
  • Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya.
  • Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Methodologinya.
  • Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

  • Meluluskan Pelan Bangunan.
  • Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak-kehendak Yang Ditetapkan.
  • Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan.
  • Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan.
  • Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan.
  • Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya.
  • Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap.
  • Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO).