MENU

Pada tahun 2001, bilangan kemasukan pelajar telah ditambah kepada dua kelas, iaitu seramai 52 orang. Pada tahun itu juga, empat ekar lagi tanah dibeli untuk meluaskan lagi kawasan MTAQ. Tanah tambahan ini walau bagaimanapun belum dibangunkan lagi kerana dana yang belum mencukupi.

Pada 18 Ogos 2003, MTAQ ditukar namanya daripada Maahad Tahfiz Al-Quran kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, setelah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa MTAQ.

Sebuah lagi bangunan siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun 2004. Bangunan tiga tingkat ini menjadi bangunan pembelajaran utama yang terdiri daripada sembilan buah kelas, sebuah makmal dan sebuah bilik ICT. Dengan beberapa proses pembangunan yang dilaksanakan, MTAQ dijangka akan menerima lebih ramai lagi pelajar setiap tahun.

Pada hari ini, MTAQ berdiri gah di mata masyarakat sebagai sebuah pusat tahfiz yang berprestij dan berperanan melahirkan generasi huffaz yang bakal menjadi pemimpin masyarakat pada masa yang akan datang.

(Untuk Maklumat Lanjut sila klik disini http://mtaq.edu.my)