MENU

1. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS 1986)

2. Undang-undang Kecil Mencegah kekotoran 1983

  • Undang-undang ini diwartakan pada 1Julai1983. Undang-undang ini ditubuhkan bagi menjaga kebersihan kawasan MDM. Undang-undang ini terpakai bagi seluruh kawasan MDM di bawah peruntukan Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Antara tindakan-tindakan yang boleh menyebabkan kesalahan adalah seperti berikut:
    • Menempatkan, menyimpan, membuang, membenarkan atau menempatkan kekotoran di tempat-tempat awam.
    • Mengeringkan bahan-bahan seperti makanan, barang, atau benda ditempat awam.
    • Membuang dan menempatkan sampah sarap serta menumpahkan cecair yang berbahaya seperti darah, air garam, atau bahan-bahan lain yang kotor dan berbau busuk di tempat -tempat awam.
    • Membuang, menumpahkan atau menyingkirkan apa-apa jenis kekotoran sama ada di tempat awam serta melalui kenderaan bergerak atau tidak bergerak.
    • Membuang atau mengacukan kapur abu, pasir, arang, rambut, kertas yang tidak diguna, bulu, atau bahan-bahan lain sama ada secara perbuatan atau di bawa angin ke tempat-tempat awam.
    • Membuang atau meninggalkan barang-barang seperti botol, tin, bekas makanan, pembalut makanan, atau barang-barang lain di tempat-tempat awam.
    • Menyimpan, membuang, meninggalkan atau mnempatkan bahan-bahan pembinan, pembersihan atau perobohan bangunan seperti simen, batu, tanag, pasir, kayu dan bahan-bahan lain di tempat-tempat awam. Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja berikut yang gagal mengambil langkag-langkah keselamatan serta mengamcam keselamatan, kepentingan serta kesihatan orang awam.

3. Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut

  • Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut telah di wartakan di bawah Seksyen 103 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Setiap pemilik premis perniagaan ini harus mematuhi perkara-perkara seperti berikut:
    • Pendandan harus membersihkan diri dengan menggunakan air sabun dan air bersih sebelum melayan pelanggan.
    • Semasa melayan pelanggan, pendandan diharuskan memakai kot atau overall yang bersih dan bersesuaian (kain yang berwarna putih atau warna-warna lembut).
    • Setiap pendandan rambur harus menjalani pemeriksaan doktor dalam tempoh setahun sekali.

4. Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian

  • Undang-undang Kecil Perlesenan Tred Perniagan telah diwartakan pada tahun 1987 di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Undang-undang ini terpakai di kawasan jajahan MDM sahaja. Setiap pemegang lesen harus mematuhi dan memastikan perkara-perkara seperti berikut:
    • Kelengkapan peralatan pemadam kebakaran berada dalam kedaaan yang memuaskan hati Yang DiPertua.
    • Semua tangga dan jalan keluar yang cukup dan mudah dielenggarakan.
    • Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar bebas daripada segala halangan serta mudah untuk digunakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

5. Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983

  • Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983 telah diwartakan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1976. Undang-undang ini telah memperuntukkan kesalahan sekiranya, pemilik atau penjaga haiwan yang membiarkan atau membenarkan haiwan jagaanya merayau-rayau di tempat-tempat awam.
  • Pemberian kuasa menangkap, menahan, menembak dan menyembelih haiwan yang merayau-rayau adalah seperti berikut:
    • Yang DiPertua, Setiausaha atau mana-mana pegawai MDM yang diberi kuasa khas oleh YDP boleh menangkapatau menahan mana-mana haiwan yang merayau-rayau di tempat-tempat awam
    • Sekiranya terdapat haiwan yang mengancam kesalamatan orang awam, ia boleh di tembak atau disembelih dan menghapuskan bangkai haiwan tersebut mengikut prosedur dan tempat yang ditetapkan oleh YDP dan Setiausaha MDM.