MENU

Latar Belakang

data.gov.my adalah portal rasmi data terbuka kerajaan Malaysia yang dilancarkan pada 18 Ogos 2014. Data yang terdapat dalam portal data.gov.my boleh digunakan secara bebas oleh mana-mana pengguna portal selagi tidak menyalahi terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi data.

Pautan ke data.gov.my
data.gov.my ialah portal rasmi untuk data terbuka dari kerajaan Malaysia. Portal ini adalah portal awam dan anda dibenarkan untuk membuat pautan ke portal ini tanpa dikenakan sebarang bayaran. Memandangkan portal ini adalah portal awam untuk pengguna mendapatkan data terbuka kerajaan Malaysia, pastikan bahawa pautan yang dibuat adalah dalam konteks sebagai khidmat untuk orang awam. Kami menggalakkan anda menggunakan logo data.gov.my untuk dipaparkan sebagai pautan kepada portal ini. Logo data.gov.my hendaklah digunakan hanya sebagai lambang dari pautan kepada portal ini dan bukan digunakan sebagai tanda pengesahan atau kelulusan dari data.gov.my dan kerajaan Malaysia untuk apa-apa tujuan lain.

Pelesenan
Data yang disediakan dalam data.gov.my boleh didapati secara percuma tanpa sebarang sekatan.

 

Sumber:

http://www.data.gov.my