MENU

DEFINISI

Jika anda mempunyai tanah yang terletak dalam kawasan yang digazetkan sebagai kawasan bandar / operasi , maka harta berkenaan layak dikenakan cukai pintu. Kuasa untuk menentukan, menguatkuasakan dan pembayaran cukai pintu terkandung dalam akta kerajaan Temapatan (Akta 171).Cukai Pintu juga dikenali sebagai Cukai Taksiran.

 

APAKAH ASAS PENILAIAN CUKAI PINTU ?

Asas penilaian cukai pintu, bagi semua Penguasa tempatan untuk setipa negeri adalah berasakan nilai tahunan, kecuali Negeri Johor yang berasakan nilai ‘improve’

 

APAKAH JENIS HARTA YANG DIKENAKAN CUKAI PINTU SEPERTI YANG DINYATAKAN?

Harta-harta yang boleh dikenakan cukai pintu adalah seperti berikut:-

BAGAIMAKAH PROSES KERJA PENILAIAN INI DILAKUKAN?.

Pegawai-pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan menjalankan kerja penyiasatan tapak dan ukur periksa bangunan berkenaan.Semasa menjalankan tugas ini, pemilik-pemilik harta atau penghuni bangunan adalah diminta member kerja sama dengan membenarkan mereka memasuki bangunan serta memberikan maklumat-maklumat atau mengisi boring yang diperlukan. Pegawai-pegawai ini memakai tandanama dan memiliki kad kuasa. Sekiranya pemilik berasa curiga, mereka boleh meminta untuk memeriksa kad kuasa berkenaan. Satu notis akan dikirimkan kepada pemilik harta sebelum cukai pintu tersebut dikuatkuasa.

 

  1. Rumah Kediaman

  2. Harta Perusahaan, Perniagaan, Hotel, Litar Lumba, Stadium, Pusat Rekreasi Persendirian, Hentian-hentian Syarikat dan Sebagainya.

  3. Tanah Pertanian

  4. Tanah Kosong

  5. Bagi bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan dan badan-badan berkanun, maka Caruman Membantu Kadar (CMK) boleh dikenakan