MENU

Soalan 1
Bilakah Majlis Daerah Machang ditubuhkan?

Jawapan
Majlis Daerah Machang ditubuhkan pada 1hb. Januari, 1979

 

Soalan 2
Apakah punca hasil dan pendapatan Majlis Daerah Machang?

Jawapan
Hasil dan pendapatan utama Majlis adalah Cukai Taksiran, Lesen, Bayaran Perkhidmatan, Caruman Bantu Kadar dan Bantuan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

 

Soalan 3
Berapakah keluasan kawasan Majlis Daerah Machang?

Jawapan
Keluasan Majlis Daerah Machang ialah 129.49 kilometer persegi.

 

Soalan 4
Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihakberkuasa Tempatan (PBT)?

Jawapan
Pihakberkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagi kepada tiga kategori seperti berikut :

  1. Majlis/Dewan Bandar Raya
  2. Majlis Perbandaran
  3. Majlis Daerah

* Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

* Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai jumlah penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang hasil tahunan melebihi RM5 juta.
* Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada RM5 juta.