Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks 
Tukar-bg  Tukar-Warna-Latarbelakang Tukar-Warna-Latarbelakang Tukar-Warna-Latarbelakang
Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman
 
JAMBATAN GUILLEMARD

 

Jambatan Guillemard Jambatan Guillemard

Jambatan keretapi "Guillemard" dibina merentasi Sungai Kelantan di Kursial dekat Tanah Merah.Jambatan Keretapi Guillemard ini merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia.

Jambatan keretapi ini dibina dalam tahun 1920 dan siap dibina pada bulan Julai 1924. Pembukaan jambatan ini adalah untuk laluan keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. Ia telah  dirasmikan oleh KDYMM Al- Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama "Guillemard" adalah mengambil sempena nama Gabenor British (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu) pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard.

Walau bagaimanapun, jambatan keretapi "Guillemard" ini telah musnah apabila diletupkan oleh tentera-tentera British untuk menghalang kemaraan tentera Jepun pada 12 Disember 1941 sebelum mereka berundur ke Kuala Krai.

Jambatan keretapi yang telah dirosakkan ini telah siap dibaikpulih dan dibuka kepada lalulintas pada 7 September 1948.

Dengan siapnya jambatan baru di kawasan berdekatan, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan lain. Ia  hanya digunakan untuk laluan  keretapi sahaja.

 

CARIAN
KALENDAR
06 Februari 2012
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Lagi peristiwa bulan ini

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia    MAMPU    Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia     MSC     1malaysia web pelancongan negeri Kelantan  portal Rasmi Ketua Setiausaha Negara MDEC MyID MyIdeas   HRMIS    SUK   Rss RSS

Hakcipta terpelihara 2012 © Majlis Daerah Machang
Terma & Syarat| Dasar Privasi| Dasar Keselamatan| Penafian