Teks ucapan YABrs. Tuan Yang Dipertua Majlls Daerah Machang sempena Majlls Penyampaian Watikah dan Angkat Sumpah Ahli Majlls Majlls Daerah bagi tahun 2010.
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera.
Yang Mulia Saudara Pengerusi Majlls,
YB. Tuan Hj. Nasaruddin bin Hj. Daud Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan,
Ahli-Ahli Yang Berhormat, YABrs. Ketua-Ketua Jabatan,
Ahli-Ahli Majlls Majlls Daerah Machang,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah aza wajalla, tuan yang mentadbir sekelian alam dan segala isinya, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda, kepada kita semua dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya, amin ya rabbal a'alamin.
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t diatas kurnia, taufik dan hidayatNya dapatlah kita berhimpun di dalam majlls yang bersejarah khususnya kepada ahli-ahli majlls kerana dapat menjalani upacara angkat sumpah jawatan ahli majlls, Majlls Daerah Machang bagi tahun 2010 pada pagi yang mulia ini.